Perawatan Naza & Ira
Perawat Traditional dan Komplimentari yang berdaftar dengan KKM, khusus dalam perubatan Melayu (urutan bersalin), rawatan Islam dan perubatan Cina (akupunktur.
Registered Therapists with KKM provide traditional and complementary medicine, specializing in Malay (post natal massage), Islamic, and Chinese medicine (acupuncture). Located in Senawang, Negeri Sembilan.
Apa yang ada di Pusat Rawatan Naza dan Ira
Kami menyediakan perkhidmatan rawatan Melayu seperti rawatan urutan bersalin yang professional dengan teknik urutan turun-temurun yang telah terbukti sejak tahun 2004.
Kami juga adalah perawat kaedah rawatan Islam yang bersanad dan mempunyai perguruan rawatan Islam yang diakui.
Menjalankan rawatan perubatan Cina melalui kaedah akupuntur dan moxa. Mempelajari lebih dari 10 kaedah akupunktur termasuk teknik TCM, Tan, Tung, Korean, Japanese dan pelbagai teknik - teknik lain. Pernah menjalani pembelajaran akupunktur dan latihan praktikal di Hospital Beijing, China.
Kami juga menyediakan rawatan kecantikan muka, badan, pelangsingan, dan bekam. Rawatan kecantikan muka termasuklah facial, peeling, dan pengelupasan kulit untuk mendapatkan kulit yang lebih berseri dan bebas dari masalah kulit. Rawatan kecantikan badan termasuklah spa badan, mandian herba, dan urutan untuk membantu mengurangkan stress dan meningkatkan sirkulasi darah. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, kami juga menyediakan rawatan pelangsingan yang sesuai dengan keperluan individu. Selain itu, rawatan bekam juga disediakan bagi mereka yang ingin meningkatkan kesihatan dan keadaan tubuh secara holistik. Jadi, jika anda mencari rawatan kecantikan yang berkualiti, kunjungilah kami untuk mendapatkan pengalaman yang memuaskan.
PERKHIDMATAN
RAWATAN ISLAM
Kami adalah perawat yang berdaftar dengan KKM. Kami menawarkan perkhidmatan rawatan Islam yang meliputi pagar rumah, pagar kedai, membuang saka, dan memulihkan sihir. Kami berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang rawatan islam dan hal-hal yang berkaitan dengan gangguan jin. Insyaallah kami mampu untuk mengesan jenis gangguan dengan tepat tanpa mengagak-agak ataupon tipu helah. Segera hubungi En Naza di talian 012-2716129 atau 012-97249238
sesi rawatan
pelbagai masalah yang dialami oleh pesakit yang datang membuat rawatan di Perawatan Naza & Ira
”Saya balik berburu di rompin, terus tak boleh jalan, berbaring sahaja Bila ustaz naza scan, ada gangguan jin. Alhamdulillah dapat berjalan selapas buat rawatan dgn ustaz Naza"
- En.J, Tangkak
”Saya dan 2 org lagi kawan adalah murid bagi bomoh di kuala pilah, belajar secara tak sengaja, lepas setahun kami selalu dapat gangguan hingga sakit seluruh badan. Alhamdulillah beberapa kali berubat dgn en Naza, kami dah boleh solat dan hilang sakit badan, gangguan pun dah tiada"
- Pn. N, Kuala Pilah
”Anak saya ada gangguan hingga dia jadi kasar dan kurang ajar, bila di scan oleh tn Naza, ia adalah saka harimau dari keturunan kami. Setelah rawatan, anak saya pulih dan tidak berperangai kasar"
- Pn. A, Senawang
”Rumah kami sering ada macam2 bunyi, anak kecik sering ternampak2. Sekarang rasa lapang dada anak dah mudah tidur mlm tanpa gangguan sejak mintak tn Naza rawat dan pagar rumah, alhamdulillah"
- En. A, Sikamat
”Saya sering kepanasan bila menjelang mlm dan gelisah tak boleh tidur dalam rumah sehingga kena tidur dalam kereta di luar rumah. Sekarang alhamdulillah bila dah buat rawatan dgn ustaz Naza, dah boleh tidur mlm dgn nyaman"
- En. N, Muar
”Pada mulanya datang utk belajar facial dgn Pn Ira, tapi tetiba rasa sedih bila berjalan depan ustaz Naza, bila ustaz tlg rawatankan rupanya saya terkena jampi/sihir pengasih. Alhamdulillah saya dah tak rasa benda2 pelik..sakit kepala dan badan pun hilang lepas rawatan"
- Cik A, Shah Alam
”Tangan saya tiba2 tak boleh angkat, lengan dan bahu sakit sgt dan rasa berat. Bila en. Naza scan, ada benda menempel. Alhamdulillah bila tarik jin keluar, terus tangan saya boleh angkat semula"
- Ustazah A, Sikamat
PERUBATAN CINA
Kami adalah perawat akupunktur yang berdaftar dengan KKM berpengalaman melebihi 15 tahun. Mahir dalam teknik akupunktur menggunakan kaedah TCM, TAN, TUNG, KOREA dan JEPUN .Berpengalaman merawat masalah strok, saraf, dan penyakit-penyakit berat yang lain. Segera hubungi En Naza di talian 012-2716129 atau 012-97249238 untuk maklumat lanjut.
"Bahu sakit dan tak boleh angkat, tapi lepas sekali shj rawatan akupunktur dgn pn ira, alhamdulillah bahu dah ok cam biasa"
- Pn. S, Seremban
Saya, ibu dan makcik pernah buat kat sini, sekarang En. Naza dan Pn. Ira rawat ayah yg kena stroke di rumah kami. Banyak improvement dari day 1. Sangat recommended"
- Dr. K, Seremban
”Alhamdulillah sy dah bersalin anak pertama kami setelah lama menanti. Sy buat rawatan akupunktur dgn Pn Ira utk masalah hormon dan supaya mudah dapat anak. Doa kami dimakbulkan Allah, dipertemukan dgn Pn Ira utk usahakan dpt anak..,"
- Pn. N, Perak
”Saya mengalami sakit pinggang yg kronik, sangat susah nak solat, Alhamdulillah beberapa kali buat rawatan dengan Pn Ira, dah boleh berjalan dan bersolat seperti biasa"
- Pn S, Senawang
”Saya terkena masalah bell palsy sebelah kanan. Dah cuba banyak tempat tapi belum berjodoh, alhamdulillah bila buat rawatan di sini, cepat wajah saya yg herot ni kembali normal..terima kasih Pn Ira"
- Pn. R, Senawang
”Saya terkoyak otot bahagian peha dan segera mendapatkan rawatan dengan En Naza. Saya perasan otot saya cepat pulih bila mendapatkan rawatan akupunktur di sini"
- Salah seorang pemain bolasepak Negeri Sembilan
feedback customers kami
”Ketika saya sedang menjalankan surgery di wad pembedahan, tiba- tiba tangan saya lemah tak dapat menggunting dengan baik, hari tu jugak saya pergi dapatkan rawatan akupunktur dengan Pn. Ira, Alhamdulillah tangan dapat berfungsi semula dengan baik"
- Pn. Doktor pakar, HTJ
”Tangan saya kena carpal tunnel syndrome, susah nak menaip..sakit dan terasa pedih pada pergelangan tangan. Alhamdulillah beberapa kali berulang dari putrajaya ke sini, sakit sangat - sangat berkurangan. Dah boleh buat kerja seperti biasa.
- Pn. Wartawan, putrajaya
PERBIDANAN MELAYU
Kami menawarkan perkhidmatan perubatan melayu dengan pelbagai jenis urutan untuk memenuhi keperluan anda. Kami menyediakan urutan tradisional yang mengutamakan teknik-teknik klasik untuk membantu mengurangkan ketegangan otot dan memulihkan kesihatan secara semulajadi. Selain itu, kami juga menawarkan urutan aromaterapi yang menggunakan minyak pati semulajadi untuk memberikan kesan tenang dan relaks kepada tubuh dan minda anda. Bagi mereka yang mengalami masalah saraf dan ketegangan, urutan saraf dan regangan tulang kami akan membantu mengurangkan ketegangan dan meningkatkan kelenturan tubuh anda. Selain itu, kami juga menawarkan urutan bersalin untuk ibu-ibu yang baru melahirkan, serta urutan penutup pantang untuk membantu pemulihan selepas bersalin. Mari kunjungi kami untuk menikmati perkhidmatan perbidanan Melayu yang berkualiti dan menyegarkan.
KECANTIKAN MUKA
Kami juga menyediakan perkhidmatan facial untuk membersihkan muka dan menghapuskan segala kekotoran di muka. Dengan perkhidmatan ini, muka anda akan terasa lebih segar dan bersih. Facial ini melibatkan pelbagai langkah seperti pengelupasan kulit mati, penggunaan pelembap yang sesuai, serta pemijatan yang memberi kesan yang relaks. Kami menggunakan produk yang berkualiti tinggi untuk memastikan keberkesanan perkhidmatan ini. Ahli terlatih kami akan memberikan perawatan yang profesional dan menyesuaikan perkhidmatan mengikut keperluan kulit anda.
SLIMMING
Rawatan perlansingan badan adalah satu kaedah yang membantu menghilangkan lemak tepu di bahagian badan. Rawatan ini melibatkan pelbagai teknik dan kaedah, termasuk penggunaan mesin dan produk khusus untuk meransang proses pembakaran lemak dalam badan.
Areca Academy
Areca Academy adalah pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menceburi bidang kecantikan secara profesional. Dengan pelbagai kursus yang ditawarkan dan bimbingan dari pengajar berpengalaman, peserta kursus dapat mempelajari teknik-teknik rawatan kecantikan yang terkini dan berkesan.
Puan Ira, selaku pengajar utama di Areca Academy, mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang kecantikan. Beliau telah bekerja di pelbagai tempat di dalam dan luar negeri dan pernah menjadi pengajar jemputan di kolej komuniti serta pakar rujuk bagi sekolah kecantikan. Dengan bimbingan beliau, peserta kursus di Areca Academy akan mendapat ilmu dan kemahiran yang berkualiti tinggi.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Areca Academy dan mulakan perjalanan anda dalam bidang kecantikan hari ini.
Ulasan Pelanggan
Saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan urutan bersalin yang diberikan. Perawat sangat berpengalaman dan peramah.
Rawatan bekam yang saya terima sangat membantu mengurangkan sakit-sakit badan saya. Terima kasih kepada perawat yang berdedikasi.
Saya telah mencuba rawatan akupunktur untuk merawat masalah kesihatan saya dan hasilnya sangat memuaskan. Terima kasih perawat yang profesional.
Hubungi Kami
Contact us for more information or appointments:
133-1 Jalan Tmn Komersil Senawang 1, Tmn Komersil Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan
012-9724938 (Ira) / 012-2716129 (Naza)